Sunday, October 13, 2013

Projek Kad Raya

Projek Kad Raya dihasilkan setelah mendapat permintaan daripada beberapa kenalan namun hanya beberapa sempat disiapkan berikutan beberapa kekangan yang tidak dapat dielakkan.

Projek "Cover" Novel

Antara muka depan Novel yang berjaya dihasilkan oleh SSa.p kira-kira setahun yang lalu. Projek ini merupakan antara aksperimen awal SSa.p. 

Projek Multimedia Kreatif (Brosur + Logo)

Brosur yang dihasilkan SSa.p mewakili brosur Pameran Persatuan PSV.

Antara pilihan logo Persatuan hasil rekaan SSa.p

Poster Integriti

Ini merupakan poster yang dihasilkan SSa.p semperna Pertandingan Mencipta Poster Integriti IPGK

Official SSa.p


Kembali Lagi!

Setelah sekian lama, kini SSa.p ambil alih admin sebelumnya dengan kisah2 hampir serupa namun ternyata berbeza..insyaAllah

Thursday, October 4, 2012


Pertama,
Kau ditoreh,
berdarah luka itu,
Namun,
Kau pulih,
Walau ada parut yang tertinggal.

Kedua,
Kau ditusuk sembilu,
Kau sakit,
Terasa  ngilu,
Namun,
Kau terubat jua.

Ketiga,
Kau sakit lagi,
Hancur,
Remuk,
Namun,
Kau masih bertahan,

Sebabnya,
Kau sangat hebat,
Kau sangat Kuat.

Kesekian kalinya,
moga Kau tidak sakit lagi,
ditoreh,ditusuk,remuk berkecai,berderai,
kerna aku bimbang,
Kau tidak kuat seperti yang kusangkan

Terima Kasih kerana menjadi yang Cukup kuat buatku sehinggak saat dan detik ini.

Sunday, September 30, 2012

Aku Pasti Itu


Kegelisahan bertamu, Ketenangan menyambut..
Kemarahan Menyusul, Kelembutan menyapa..

Tiada 1 masalah tidak bisa diselesaikan,
Tiada 1 masalah tidak bisa dileraikan

Tiada rasa tabah tanpa ujian..
Tiada rasa kehambaan tanpa keresahan
Tiada rasa pergantungan tanpa kepayahan

Berdampinglah insan kerdil kepada yang Esa
berdampinglah insan kerdil kepada yang Kuasa
Kerna kita milik sepenuhnya Dia
Sesungguhnya hanya Dia yang akan membenarkan setiap satu perkara 
Yang akan berlaku, Yang telah berlaku mahupun yang sedang berlaku
Kerana Dia Berkuasa Atas segala Kehendaknya....

Sunday, November 27, 2011

1


Buat pertama kalinya, Cik Admin try vintage effect.memuaskan hati walaupun kurang menjadi.

"mUSHROOM"

Saturday, November 26, 2011

KOSONG

Diketuk tidak berbunyi 
Dikelui tidak bersahut 
Di bisik tidak didengar 
Ditikam tidak tertusuk 
Digores tidak tercalar 
Dibaja tidakpun mekar 

Terasa sesuatu berbeza 
Tidak lagi pasti 
Akan turutnya hati 
Tatkala 
Angin berlalu pergi 
Meninggalkan hati sepi sendiri 

Runsing menjengah, bingung bertandang 
Suka menyapa jiwa yang gundah, 
Tanpa dipaksa, dicari, mahupun dinanti. 

Di saat 
Sepi mengundang kecewa 
Hiba ditemani tawa 
Tangis dihias duka 
Diam tanpa kata 
Lidah kelu dalam bicara 
Kosong rasanya minda. 

Syawanie suhaimi 
1420.10062011

KETENTUAN

Kata mereka, itu merasa,
Hati masih terasa kecewa,
Kata mereka, itu percaya,
Tapi hati tetap curiga,
Kata mereka, itu cinta,
Hati bilang, itu dusta

Andai patah tumbuh kembali,
Pasti yang hilang ada berganti
Berlalu pergi gerimis pagi
Menyusul pelangi di tengah hari
Saatnya roboh teratak silam,
Kian terbina istana kenangan,
Hilang kaca pecah berderai
Berganti permata kilauan harapan.

syazwaniesuhaimi 
154510062011

Friday, November 25, 2011

Saturday, November 19, 2011

"sky"

myhome

"DUA"

KLCC

"SATU"


"CAHAYA"

i-city

HEADER

salah satu header yang cik admin design untuk kawan cik admin..

NURULISAKU


This is mine

watermark design


watermark ni khas cik admin design tuk kawan cik admin...makhlukhijaufotografi..