Sunday, October 13, 2013
Kembali Lagi!
Setelah sekian lama, kini SSa.p ambil alih admin sebelumnya dengan kisah2 hampir serupa namun ternyata berbeza..insyaAllah
Thursday, October 4, 2012
Pertama,
Kau ditoreh,
berdarah luka itu,
Namun,
Kau pulih,
Walau ada parut yang tertinggal.
Kedua,
Kau ditusuk sembilu,
Kau sakit,
Terasa ngilu,
Namun,
Kau terubat jua.
Ketiga,
Kau sakit lagi,
Hancur,
Remuk,
Namun,
Kau masih bertahan,
Sebabnya,
Kau sangat hebat,
Kau sangat Kuat.
Kesekian kalinya,
moga Kau tidak sakit lagi,
ditoreh,ditusuk,remuk berkecai,berderai,
kerna aku bimbang,
Kau tidak kuat seperti yang kusangkan
Terima Kasih kerana menjadi yang Cukup kuat buatku sehinggak saat dan detik ini.
Sunday, September 30, 2012
Aku Pasti Itu
Kegelisahan bertamu, Ketenangan menyambut..
Kemarahan Menyusul, Kelembutan menyapa..
Tiada 1 masalah tidak bisa diselesaikan,
Tiada 1 masalah tidak bisa dileraikan
Tiada rasa tabah tanpa ujian..
Tiada rasa kehambaan tanpa keresahan
Tiada rasa pergantungan tanpa kepayahan
Berdampinglah insan kerdil kepada yang Esa
berdampinglah insan kerdil kepada yang Kuasa
Kerna kita milik sepenuhnya Dia
Sesungguhnya hanya Dia yang akan membenarkan setiap satu perkara
Yang akan berlaku, Yang telah berlaku mahupun yang sedang berlaku
Kerana Dia Berkuasa Atas segala Kehendaknya....
Sunday, November 27, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)



